
JORDAN WORLDSCHOOLING : Winter Aid for Syrian Refugees
Semasa pengembaraan Worldschooling di Jordan, Cikgu Yaqzan dan Cikgu Umairah dengan bantuan Cikgu Aziz, berpeluang memasuki sebuah kem pelarian Syria sehari selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad menjadikan negara Syria merdeka semula. Misi bantuan musim sejuk ini bukan sekadar menyampaikan keperluan asas, malah membuka mata tentang erti kesyukuran, ketabahan dan nilai sebuah tanah air yang aman.